Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam, lapan, sepuluh, dua belas atau empat belas baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun yang biasa digunakan terdiri daripada empat barisan. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya. Huruf terakhir bagi pantun empat kerat ialah a,b,a,b.
teruskan membaca...
Sila klik gambar di bawah untuk mendapatkan contoh-contoh pantun.
teruskan membaca...
Sila klik gambar di bawah untuk mendapatkan contoh-contoh pantun.
Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.
Ciri-ciri syair :
- terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
- syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun ).
- setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
- bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
- Huruf terakhir bagi setiap baris adalah sama (aaaa).
Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.
Seri Negeri gelaran diberi
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri
Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah
Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah
Sila klik gambar di bawah untuk koleksi syair lain.
Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam, iaitu pada tahun 6000 Masihi. Za'ba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
Ciri-ciri syair :
• lazimnya terdiri daripada 4 baris serangkap.
• rima syair aaaa.
• setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.
Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
• bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama, iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
Syair dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
• naratif
• non-naratif
Sila klik gambar di bawah untuk mendapatkan koleksi sajak.







No comments:
Post a Comment